Sunday, December 30, 2012

Thank you 2012 :')

Assalamualaikum . heyyo :D

Hm dulu kan aku pernah berdoa agar seseorang akan hadir bila aku sunyi . and Allah makbulkan doa aku . walaupun lepas sorang pergi , muncul lagi sorang yang akan teman aku bila aku perlukan kawan bercerita . macam macam jadi tapi Alhamdulillah , pendirian masih teguh ^^

(*tukar topik -,- ) dah nak masuk tahun 2013 ni . semua orang sibuk dengan azam masing-masing . aku pulak , azam tahun ni pun tak tertunai lagi . cuma dalam tahun 2013 ni aku nak belajar betul-betul dan aku harap bila aku belajar kat kota raya besar tu nanti in shaa Allah , aku takkan lupa pada asal usul aku . tak lupa pada ayah ibu . and paling penting , tak lupa Allah . aku sedar dugaan yang akan datang nanti . tapi demi masa depan kan . kena lah kuat :'D

NOW , masa depan dah mula bergantung pada diri aku sendiri . tahun 2012 cukup dah mengajar aku untuk jadi lebih matang . masalah demi masalah yang datang . Alhamdulillah aku masih kuat berdiri ^^V

dan aku dah mula belajar siapa kawan , siapa lawan . tak sangka kot orang yang tak pernah aku tegur , tak pernah kenal pun . akhirnya jadi pendengar setia , pemberi nasihat untuk aku :)
ha , tadi aku stalker facebook someone . k aku sangat happy kot sebab tahun 2010 diaorang ada masalah sampai aku pun terlibat sama tapi sekarang diaorang masih couple . dari 2008 sampai sekarang . lama tu :D akhirnya aku jugak yang single . haha . takpe . ada hikmah :)




tadi aku cakap dengan adik aku nak kahwin umur 26 . tetiba dia kata tua sangat . haih , budak zaman sekarang . kahwin nak cepat aje tu . aku ni calon pun takde lagi dik . *tahu ah kau ade gerlprengg -,-

Bakal imamku , siapa lah dirimu ? 

" Jodohku , aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana . Aku cuma tahu engkau ada , di dunia atau di syurga . Akan ku simpan perasaan aneh ini . Akan kuluahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita "



♡ Nurul Nazurah

Saturday, December 15, 2012

Ya Allah . kenapa rasa sedih sangat ni . aku redha atas apa yang terjadi pada aku sebelum ni . ketika semangatku hilang , kau hadirkan mereka buat peneman ku tika sunyi . ibu ayah , adik adik , kawan . tapi kenapa sekarang semangat ku mula goyah . aku cuma nak dia bahagia bersama orang yang dia sayang . aku tak mengharapkan apa apa lagi . kebahagiaannya kebahagiaan ku Ya Allah :'(

Ya Allah . kuatkan lah hati hambamu ini . lindungi aku daripada segala perasaan yang buruk terhadap orang lain seperti hasad dengki , dendam , cemburu . aku yakin Engkau telah sediakan sesuatu yang lebih baik untukku kelak :'(


thanks kawan sebab tunjuk aku gambar ni . seriously aku rasa tenang sikit :'D


Nurul Nazurah

Hooyeah ^^

Assalamualaikum  .
hmm . pernah rasa bahagia tak ? mungkin lah . mungkin salah sendiri bila terlalu berharap . tak semestinya apa yang kita nak kita akan dapat kan ? akhirnya aku beralah lagi :')

pengalaman tahun ni cukup beri kesan pada diri aku sendiri sebenarnya .

mula dari tengok kawan kawan sambung belajar cinta yang wujud hampir cecah 4 tahun di khianati mengharapkan pengakhiran yang membahagiakan tapi tetap putus di tengah jalan hidup mula tak normal bila dah normal muncul janji setia daripada cinta monyet tak semudah yang disangka sebab takut dikhianati lagi dia mula  lupa pada janji dia bila dia mula jual diri kat facebook . HAHAHA . boo sama kau ! \o/

kesimpulannya = tunggu jodoh datang . kalau tak datang jugak . aku cari sendiri . perigi cari timba pun takpe . HAHA . at least aku sedar siapa yang ada dengan aku bila aku sunyi , siapa yang buat aku happy selama ni . apa pun keluarga tetap nombor satu ! ^^V


yela , kadang-kadang rindu pada seseorang tu masih ada sebab kenangan memang susah nak lupa kan ? tapi bila fikir balik . dia rindu balik ke ? kan dah mula perasan kat situ . tak mungkin nye punnn . asal bahagia sudaa . bak kata orang separuh tua . jadikan pengalaman . :)

Aku jealous tengok couple ?? HAHAHAHAHAHA . ye . gila kau tak jeles tengok orang couple nih . kat mall , kat facebook takyah cerita ah . normal kan setiap orang yang single tu rasa jeles kat orang yang couple . tapi tu lah . jeles pun tak ke mana . just think positive . in shaa Allah tak rasa sorang-sorang . bahagia tu pasti ada . :D

dari pengalaman aku lah , kita takleh letak kepercayaan 100% . manusia senang berubah . seriously ! senang sangat . sentiasa jujur . jangan tipu tipu . kan lebih baik sedih kerana perkara yang sebenar daripada gembira kerana penipuan . and takyah tamak sangat nak pasang lebih - lebih . aku hempuk pakai kuali tak pasal je *k tetibe -,-



Nurul Nazurah

Sunday, December 9, 2012

Mungkin ada hikmah . :)

Assalamualaikum .

bakal memulakan hidup baru . penat dah nak menjawab . bila aku cakap umur aku 18 , mesti orang tanya ..

" eh , kau sambung belajar mana ? "
" weh , kau bila exam ? "
" eh , kau cuti berapa lama ? " .

bila nya lah nak exam , belajar pun belum . em , mungkin ada hikmah kan aku sambung belajar lambat sikit dari korang . in shaa Allah , rezeki masing masing . selalu teringat pesan ayah " biar kawan kawan kau pergi belajar , jangan cemburu , jangan gopoh . rezeki kau mesti ada " oh ayah . ayat ni yang aku jadikan penguat semangat . sayang ayah :')


Nurul Nazurah

Saturday, December 8, 2012

No motif .



With cousin . ramai orang kata muka aku dengan yang tengah tu sama sampai ayah dyeorang pernah salah tegur anak . haha . k lawak -,- tapi yeke ?


# tak dapat rayuan uitm . k takpe . mungkin rezeki kat tempat lain :')


Nurul Nazurah

Saturday, November 3, 2012

Pengarang jantung ♥

Pengarang jantung

dia ni lah yang selalu duduk dengan aku bila aku sedih , kadang kadang suka berbual dengan dia walaupun macam gila tapi agak membantu . :D 

perangai dia boleh buat semua happy . KENIT . dulu kecik je . dah besa nama tu dah lekat dah kat dia . :))




hobi suka duduk kat tempat yang sempit . dalam tong sampah pun jadi . haha

dia buat muka tak bersalah duduk dalam songkok adik . muat-muat bontot je lak uh .


layan dia boleh buat aku happy gila :')

siapa amek dia dari kitee . kite ..

(҂`_´). peng!!!!pengg!!!.....
<,︻╦̵̵̿╤─ ҉ ~ • 

\ \  

,/﹋╯.


Nurul Nazurah

Saturday, October 20, 2012

Saya Dah Besar ! ^^

Assalamualaikum .
harini genap umur aku 18 tahun . nak sampai umur 18 ni macam - macam dah aku lalui . orang kata umur 18 ni dah mula kena berfikir dengan matang . insyaAllah . i will try ! :D

aku berharap lepas ni takkan ada lagi masalah berkaitan hati dan perasaan . berharap sangat . banyak sangat benda yang aku belajar sebelum ni . biarlah lepas ni aku berserah pada Allah je . Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku . :'D

okay . tahun ni si Peguin tu yang first wish . takpe . aku dah bersyukur dah ada yang berebut nak jadi orang first wish birthday aku . thanks Peguin . kwaja je wish tak ikhlas . hahaha :D

thanks sangat yang wish , yang doakan aku . thanks sangat . :))

em . sebenarnya pagi pagi lagi dah ada yang spoil mood aku . dah lah birthday aku .

beb , kau tak boleh eh tak kacau hidup aku ? aku takde kacau hidup kau weh . pergi lah jauh-jauh . aku dah cukup redha dia pilih kau . kalau kau percaya pada dia , mesti kau tak perlu risau sampai nak stalker facebook aku semua . kalau dia betul sayang kau , kau tak perlu risau dia akan cari aku balik . aku takkan simpan dendam . cuma satu je , jangan ganggu hidup aku . tak perlu kau nak tunjuk diri kau sangat . ye . aku tahu kau masih hidup , Alhamdulillah . :)

em , tiada apa yang saya nak kecuali melihat kebahagiaan awak Muhammad Aliff  , saya rela melepaskan awak pergi sayang :'))


gambar lama . terasa rindu kat budak ni . :')

Ya Allah, aku bersyukur Kau panjangkan umurku sehingga ke hari ini , berikan aku kekuatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Aminn :'D

Nurul Nazurah

Friday, October 12, 2012

Gembira untuk seketika ^^


assalamualaikum . :')
harini aku keluar jugak dengan kawan kawan aku . em , sepanjang hangout tadi . aku happy jugak . tapi dalam hati siapa tahu kan ? terbayang masa keluar sama sama . memori . bilalah kau nak terpadam . kau buat aku sedih je . huhu

paling tak boleh belah masa budak budak ni pergi karaoke . *aku tak nyanyi okay . aku sedar suara aku tak sedap . mereka nyanyi lagu jiwang jiwang . gila lah . suara soprano , suara jantan semua keluar . hahaha . korang memang best lah . :'D cuma aku ada terasa tempias dalam lagu lagu tu , last last aku tak tahan , aku keluar sekejap . ambil ruang untuk bertenang . :')


 *berangan jap dengan Nono . hikhik :P



Nurul Nazurah

Tuesday, October 9, 2012

why ?/

kenapa aku ni !?? rasa marah , cemburu sangat sangat !! kenapa mesti rasa macam ni ??
 arghh ! abaikan abaikan !

kenapa dengan mudah kau serah hati kau pada orang lain dowh ?? seriously rindu gila pada KITA . kebahagiaan kau penting untuk aku . kau pernah terfikir tak camne pula kebahagiaan aku ?? :'(

Perempuan kalau tak cinta , dia takkan tunggu lelaki tu , dia takkan bagi peluang untuk betulkan keadaan . cuma lelaki yang tak faham .

*dah sebulan dah .. Ya Allah , tabahkan hatiku menghadapi segala rasa perit ini . :'/


Nurul Nazurah

Saturday, October 6, 2012

Try to love you because of Allah ツ


assalamualaikum .
hey. dah lebih seminggu aku tak update apa apa kan . takde pape yang istimewa pun jadi dalam seminggu ni . dan hari ni terr- rajin pula nak update . em . minggu depan PMR dah kan . termasuklah adik aku . ye o je budak tu . konfiden betul . tapi bagus jugak . takde lah macam akak dia yang selalu rasa down je kan . *ye . aku sedar . -,-


aku rasa aku dah boleh terima apa yang jadi pada aku sebelum ni . aku jadikan pesanan daripada kawan aku , Aina sebagai penguat semangat aku . " Biar orang buat kita , jangan kita buat orang " . benda ni dah biasa dengar kan? ala . dalam radio yang Shaheizy Sam kata ' hey derr , i'm talking you listen . . bla bla . . ' -,- tapi aku lupa tentang tu . and Aina yang ingatkan aku balik . thank you so much my dear . :'))

DAN aku tak lupa si Najla a.k.a Sepatu .. err .. haha . okay . cikpuanLola . thanks sangat beb . pengalaman kau buat aku percaya pada takdir . :'))

lain lain , ha . KUDUT ! hahaha . tak sangka kau tunggu aku update blog ni . kentut kau ah . :P thanks a lot Kudut sebab kau banyak sindir sampai aku terasa . padan muka aku -,-

em . kawan- kawan kepada mr hulk pun banyak membantu . korang dengar aku membebel tapi last last masuk telinga kiri keluar telinga kanan . hampeh je . penat aku berbicara . ceh ! -,- by the way , if ada yang baca entry ni . thanks korang . :')



dan . maaf ye kawan sebab aku masih sayangkan dia . aku pernah bersama dia dalam tempoh masa yang lama . untuk lupakan dia tak semudah yang kau sangka . yang lebih penting aku harap kau sedar , sebelum beri nasihat pada orang , kau kena cermin diri dulu . kita masing masing tak sempurna . dan perbuatan kau buat hati aku bertambah kuat bukan bertambah lemah . :))

yang aku pasti , Allah tak turunkan dugaan pada seseorang tanpa ada sebab . setiap perkara yang jadi mesti ada hikmah . aku redha . Alhamdulillah :'))

Nurul Nazurah

Monday, September 24, 2012

Janji tetap janji . シ


assalamualaikum awak ,
awak..segala keputusan awak dah tentukan .
saya sayangkan awak sepenuh hati
perbuatan awak jugak buat saya sedar sesuatu . ALLAH sentiasa ada untuk saya .
rasa ini masih hidup . insyaALLAH .
insya-ALLAH awak . saya bahagia bila awak bahagia .
hampir 4 tahun kita bersama,
ketentuan ALLAH takde siapa boleh halang .
kita hanya mampu merancang kan ? :')
ada jodoh , takkan ke mana kan ?
memori kita saya akan terus simpan sehingga sampai masanya .
jaga diri awak .



Nurul Nazurah

Belajar bersabar . :')

assalamualaikum . 
tadi , aku baru lepas on facebook . aku godek balik semua tentang dia . im , wall post , gambar . entah kenapa . rindu kot . tapi bila dah lama lama , terfikir sekejap . apa guna aku buat semua ni kan . seolah bertepuk sebelah tangan .

ramai kawan pesan supaya melupakan . ye . aku masih mencuba kawan . semuanya terlalu susah . perubahan dia terlalu drastik . siapa tahu apa ada dalam hatinya . korang fikir aku mungkin terlalu slow untuk tempuh semua ni sebab aku taknak tinggal dendam , aku taknak simpan iri hati . aku cuma nak dia bahagia dengan keputusan yang dia buat .
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya . (Al-Baqarah : 286)

mungkin Allah nak bagi aku peluang untuk jadi hamba yang lebih baik . Allah Maha Mengetahui . :'))

segala persoalan wujud . tapi perkara yang jadi mesti ada hikmah kan ?


Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui sahabatku , janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki , rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu . Bantulah aku mengingati agar dia sentiasa berada di dalam doaku walaupun aku tidak lagi berada di dalam doanya . Amin Ya Rabbal 'Alamin


Nurul Nazurah





Friday, September 21, 2012

kata-kata-yang-membuatkan-ramai-menangis

Bila mak kata dia teringat , kita jawab kita sibuk sangat .
Bila ayah kata dia rindu , kita jawab nantilah hujung minggu .
Bila mak minta kita pulang , kita jawab kita belum lapang .
Bila ayah minta kita singgah , kita jawab kerja kita belum selesai .
Bila hati kita terguris , kita kata “Mak memang tak pernah faham” .
Bila hati kita terhiris , kita kata “Ayah memang tak ambil kisah” .

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris , mak kata “Tak apa, dia masih muda” .
Bila hati ayah kita terhiris , ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya” .
Bila kita menagis tanda lapar , mak berlari bagai hilang kaki .
Bila kita merintih tanda derita , ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena .
Bila kita sedih kerana gagal , mak setia membekalkan cekal .
Bila kita pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia tetap bangga .



# mula mula aku baca , dalam hati konon takkan mengalirkan air mata sebab tajuk je tertulis "Kata-Kata Yang Membuatkan Ramai Menangis" credit to Kurakura . tapi bila aku baca banyak kali . mengalir jugak akhirnya . pasal ibu bapa memang takkan buat ego kita tinggi melangit kan ? :')

Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini . Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya . Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa .


Ayah Ibu , kita sayang ayah nan ibu . :'))



 Nurul Nazurah



Tuesday, September 18, 2012

Kekuatan baru . Allah Maha Adil . ヅ

assalamualaikum .
dah nak dekat pukul 4 . tapi aku masih ngadap lappy . actually lepas isyak tadi aku dah baring baring tapi tak boleh lelap . banyak benda di fikir . sebab tu nak tidur pun susah . habit kate ko . -,-

kalau semalam ada kawan teman . bual sampai 4 pagi . rindu katenya . yelah tu pak cik . *ceh . dalam hati ni suke sebenarnya . haha :P dalam masa camni , perlahan lahan aku kena terima hakikat . Alhamdulillah , tak sia sia . ツ perasaan tu masih ada tapi kena kawal . tak kawal , merana sendiri kan ?

pak cik tu kata jangan tutup pintu hati kerana dia . perasan lah kau pak cik . haha -,- aku tak tutup pintu hati aku pun . cuma aku sekarang dah kena mula fikir perkara yang lebih penting . utamakan pelajaran tu dulu tau pak cik tua . ツ

bila sendiri agak susah jugak . sunyi wo . phone lagi tak berbunyi . asyik mesej dari maxis / hotlink . setia betul kau dengan aku kan . aku sekarang dah alergik dengar / tengok benda benda yang sweet kononnya . sumpah kecik hati walaupun takde kaitan dalam lagu atau cerita tu pun .

yang paling penting , ALLAH sentiasa ada . Dia takkan pernah tinggalkan aku . Dia pendengar setia . aku gembira hidup aku dah macam dulu balik walaupun masih rasa ada yang kurang . takpe . ALLAH Maha Adil kan . mesti Dia dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku . InsyaALLAH . ヅ


Nurul Nazurah

Segalanya Diperbaharui ツ

assalamualaikum .
hey ツ mungkin korang nampak blog ni dah berubah sepenuhnya . aku dah tak pakai blogskin dah . susah ah . malas pun ye . hehe . pakai template biasa pun okay kan ? by the way . url blog pun dah tukar , design blog dah bertukar , status diri pun dah bertukar . huhu . actually nak buat blog baru je . tapi keluar ape benda ntah . tak faham aku . last last terpaksa ah godek blog ni balik . buat kerja dua kali . -,-

okay . kehidupan baru aku mungkin dah bermula . aku rasa macam macam dah berubah kot . sampai kawan baru aku pun perasan . eh ? kawan baru ? siapakah ?? kisah lama . yang penting dia happy . ツ

oh . aku tengah menanti untuk test motor . lambat gila kot ! tapi , hidup mesti diteruskan . * k , takde kaitan . -,-


InsyaALLAH .



Nurul Nazurah
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Nurul Nazurah . Design and Template Edit by : Nurul Nazurah