Monday, September 24, 2012

Janji tetap janji . シ


assalamualaikum awak ,
awak..segala keputusan awak dah tentukan .
saya sayangkan awak sepenuh hati
perbuatan awak jugak buat saya sedar sesuatu . ALLAH sentiasa ada untuk saya .
rasa ini masih hidup . insyaALLAH .
insya-ALLAH awak . saya bahagia bila awak bahagia .
hampir 4 tahun kita bersama,
ketentuan ALLAH takde siapa boleh halang .
kita hanya mampu merancang kan ? :')
ada jodoh , takkan ke mana kan ?
memori kita saya akan terus simpan sehingga sampai masanya .
jaga diri awak .



Nurul Nazurah

Belajar bersabar . :')

assalamualaikum . 
tadi , aku baru lepas on facebook . aku godek balik semua tentang dia . im , wall post , gambar . entah kenapa . rindu kot . tapi bila dah lama lama , terfikir sekejap . apa guna aku buat semua ni kan . seolah bertepuk sebelah tangan .

ramai kawan pesan supaya melupakan . ye . aku masih mencuba kawan . semuanya terlalu susah . perubahan dia terlalu drastik . siapa tahu apa ada dalam hatinya . korang fikir aku mungkin terlalu slow untuk tempuh semua ni sebab aku taknak tinggal dendam , aku taknak simpan iri hati . aku cuma nak dia bahagia dengan keputusan yang dia buat .
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya . (Al-Baqarah : 286)

mungkin Allah nak bagi aku peluang untuk jadi hamba yang lebih baik . Allah Maha Mengetahui . :'))

segala persoalan wujud . tapi perkara yang jadi mesti ada hikmah kan ?


Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui sahabatku , janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki , rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu . Bantulah aku mengingati agar dia sentiasa berada di dalam doaku walaupun aku tidak lagi berada di dalam doanya . Amin Ya Rabbal 'Alamin


Nurul Nazurah





Friday, September 21, 2012

kata-kata-yang-membuatkan-ramai-menangis

Bila mak kata dia teringat , kita jawab kita sibuk sangat .
Bila ayah kata dia rindu , kita jawab nantilah hujung minggu .
Bila mak minta kita pulang , kita jawab kita belum lapang .
Bila ayah minta kita singgah , kita jawab kerja kita belum selesai .
Bila hati kita terguris , kita kata “Mak memang tak pernah faham” .
Bila hati kita terhiris , kita kata “Ayah memang tak ambil kisah” .

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris , mak kata “Tak apa, dia masih muda” .
Bila hati ayah kita terhiris , ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya” .
Bila kita menagis tanda lapar , mak berlari bagai hilang kaki .
Bila kita merintih tanda derita , ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena .
Bila kita sedih kerana gagal , mak setia membekalkan cekal .
Bila kita pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia tetap bangga .



# mula mula aku baca , dalam hati konon takkan mengalirkan air mata sebab tajuk je tertulis "Kata-Kata Yang Membuatkan Ramai Menangis" credit to Kurakura . tapi bila aku baca banyak kali . mengalir jugak akhirnya . pasal ibu bapa memang takkan buat ego kita tinggi melangit kan ? :')

Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini . Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya . Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa .


Ayah Ibu , kita sayang ayah nan ibu . :'))



 Nurul Nazurah



Tuesday, September 18, 2012

Kekuatan baru . Allah Maha Adil . ヅ

assalamualaikum .
dah nak dekat pukul 4 . tapi aku masih ngadap lappy . actually lepas isyak tadi aku dah baring baring tapi tak boleh lelap . banyak benda di fikir . sebab tu nak tidur pun susah . habit kate ko . -,-

kalau semalam ada kawan teman . bual sampai 4 pagi . rindu katenya . yelah tu pak cik . *ceh . dalam hati ni suke sebenarnya . haha :P dalam masa camni , perlahan lahan aku kena terima hakikat . Alhamdulillah , tak sia sia . ツ perasaan tu masih ada tapi kena kawal . tak kawal , merana sendiri kan ?

pak cik tu kata jangan tutup pintu hati kerana dia . perasan lah kau pak cik . haha -,- aku tak tutup pintu hati aku pun . cuma aku sekarang dah kena mula fikir perkara yang lebih penting . utamakan pelajaran tu dulu tau pak cik tua . ツ

bila sendiri agak susah jugak . sunyi wo . phone lagi tak berbunyi . asyik mesej dari maxis / hotlink . setia betul kau dengan aku kan . aku sekarang dah alergik dengar / tengok benda benda yang sweet kononnya . sumpah kecik hati walaupun takde kaitan dalam lagu atau cerita tu pun .

yang paling penting , ALLAH sentiasa ada . Dia takkan pernah tinggalkan aku . Dia pendengar setia . aku gembira hidup aku dah macam dulu balik walaupun masih rasa ada yang kurang . takpe . ALLAH Maha Adil kan . mesti Dia dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku . InsyaALLAH . ヅ


Nurul Nazurah

Segalanya Diperbaharui ツ

assalamualaikum .
hey ツ mungkin korang nampak blog ni dah berubah sepenuhnya . aku dah tak pakai blogskin dah . susah ah . malas pun ye . hehe . pakai template biasa pun okay kan ? by the way . url blog pun dah tukar , design blog dah bertukar , status diri pun dah bertukar . huhu . actually nak buat blog baru je . tapi keluar ape benda ntah . tak faham aku . last last terpaksa ah godek blog ni balik . buat kerja dua kali . -,-

okay . kehidupan baru aku mungkin dah bermula . aku rasa macam macam dah berubah kot . sampai kawan baru aku pun perasan . eh ? kawan baru ? siapakah ?? kisah lama . yang penting dia happy . ツ

oh . aku tengah menanti untuk test motor . lambat gila kot ! tapi , hidup mesti diteruskan . * k , takde kaitan . -,-


InsyaALLAH .



Nurul Nazurah
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Nurul Nazurah . Design and Template Edit by : Nurul Nazurah