Friday, January 4, 2013

Doa Buatmu Sahabat :')

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah ..
Panjangkanlah umur sahabatku . 
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya , 
terangi hatinya dengan nur pancaran iman .
Tetapkanlah hatinya , perluaskanlah rezekinya , 
dekatkan lah hatinya kepada kebaikan , 
jauhkan lah hatinya pada kejahatan , 
tunaikan lah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat ..

Ya Allah ..
Jika dia jatuh hati , 
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu 
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu .
Jika dia rindu , rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu .. 


Jika kau halalkan aku merindui sahabatku , 
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki , 
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu ..

Aamiin Ya Allah .. 



♡ Nurul Nazurah



Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013 .

Assalamualaikum .

Dah masuk tahun 2013 . Kalau masuk tahun baru je , mesti orang tanya pasal azam . Azam aku dah dibuat masa awal Muharam haritu . So far hidup masih lagi happy . Lagi 4 hari untuk aku menempuh satu lagi fasa dalam hidup aku . Capai impian aku . Pegang seribu harapan ibu ayah . In shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar :)



Jika awak terbuka blog ni , ini untuk awak :)
Awak yang pernah membuat hidup saya bahagia untuk seketika . Selepas ini , saya akan membawa kekuatan dalam diri saya . Awak takkan pernah terfikir saya akan menjadi sekuat ini selepas perbuatan awak mengkhianati cinta saya . Namun saya cukup bersyukur Allah masih berikan saya kekuatan . Thanks for all our memories . Semoga hidup awak bahagia dan diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat . In shaa Allah :)
Sincerely , Me シ


©Hak Cipta Terpelihara 2013 Nurul Nazurah . Design and Template Edit by : Nurul Nazurah