Sunday, January 12, 2014

Assalamualaikum .

12 Januari 2014 . Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk menempuh jatuh bangun dalam hidup :)
Bahagia yang diharapkan kini ada . dan terus berharap ianya kekal hingga akhir hayat , inshaa Allah :')

3 Januari haritu perkenalan aku dan Aliff dah masuk usia 5 tahun . Perkenalan dari seorang kawan hingga ke hubungan hari ini membawa pelbagai kisah dan memori bersama . Belajar mematangkan diri , saling mempercayai , saling memaafkan dan kejujuran yang dipelajari selama 5 tahun :) memang ada jatuh bangun dalam diri masing masing , aku ambil iktibar untuk lebih berhati hati . Andai hati ini dicuri olehnya , selamanya ianya akan menjadi miliknya . Kuat atau tidak , bahagia pasti ada .

Baru baru ni aku ada stalk insta kawan lama aku , entah kenapa aku happy tengok dia bahagia , berbeza bila aku tengok kawan yang lain :) aku terfikir , kenapa aku pilih Aliff kerana hati ? Aku ikutkan hati untuk terus setia pada dia walaupun ada kekhilafan yang dia pernah lakukan . Kalau tak sayang , takkan aku sanggup tunggu dia kan ? Haha :)

Family ? Ibu ayah faham dah anak dia umur nak masuk 20-an dah :) aku pula yang rindu nak dihalang untuk buat pape , haha . Rasa rindu bila berjauhan . Rasa takut untuk kehilangan mereka pun kuat . Ohmaii , nak nangissss . haha :')

Fi Amanillah Ayah , Ibu , adik adik dan awak :')


♡ Nurul Nazurah

No comments:

Post a Comment

©Hak Cipta Terpelihara 2013 Nurul Nazurah . Design and Template Edit by : Nurul Nazurah